Thursday, May 13, 2010

Denyut Kasih Medik...


Langkah Bermula

JEjak Doktor Muda..
Mentari dhuha gagh memancar. Sinarnya mencapah ke segenap alam. Binaan-binaan konkrit megah menjulang. Jalan raya bersimpang-siur dengan kenderaan. Sesak. Ditengah kesibukan kota itu, sebuah teksi meluncur masuk ke suatu perkarangan bangunan yang penuh dengan manusia. Bertali arus. Seorang doktor muda melangkah keluar daripadanya dan menapak masuk ke gerbang pintu bangunan itu.

Hospital Selayang. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ. Sebelum ini dia hanya mendengar tentang hospital tersebut daripada percakapan orang dan ada juga sesekali dia meninjaunya di Internet. Hospital yang tersergam itu terletak di gombak, selangor. Terdiri daripada beberapa blok bangunan. NAmanya gah sebagai hospital pertama di Malaysia yang beroperasi dengan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh yang meliputi seluruh aspek operasinya.

...................
Perlu ke Clexane?
Tugasan pertama Dr. Muslih ialah menguruskan seorang pesakit yang baru tiba di wad. Seorang muslim dalam lingkungan usia 50-an. Pesakit itu perlu menjalani pembedahan menggantikan sendi lutut kaki kanannya kerana menghidap osteoarthritis. Penderitaan yang dialaminya bukan kepalang. Sudah hampir setahun dia berjalan dengan bantuan tongkat. Dia terpaksa menggunakan kerusi untuk solat. Sendi lututnya akan diganti dengan sendi yang diperbuat daripada logam dan plastik. Pembedahan tersebut dinamakan sebagai total knee replacement (TKR).
Dr. Muslih segera mendekati pesakit tersebut untuk mempersiapkannya kepada pembedahan. Dr. Muslih sempat membaca protokol hospital.Antaranya ialah setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan menggantikan sendi lutut akan diberi sejenis ubat yang dipanggil clexane. Tujuannya ialah untuk mencegah darah beku di dalam salur darah kaki. Berkerut-kerut dahi Dr. Muslih apabila melihat perkataan clexane. Seingatnya ubat tersebut mengandungi bahan yang haram, iaitu khinzir. Sensitiviti Muslimnya tercabar.
...Ikuti kisah Dr. Muslih dan segala pancaroba yang perlu dilaluinya demi menjalankan tugas sebagai seorang doktor muda yang mempunyai fikrah islam..

0 comments:

Post a Comment